Sunday, July 19, 2009

Aktiviti 15 Julai 2009





Aktiviti dimulakan dengan semua patrol berbaris dahulu mengikut patrol masing-masing. Diikuti dengan ambilan kehadiran, pemeriksaan pakaian seragam dan kawat biasa. Denda dikenakan kepada mana-mana ahli pengakap yang tidak memakai pakaian lengkap seragam. Penerangan mengenai susunan patrol dan susunan ladam kuda turut disampaikan oleh pemimpin yang bertugas. Seterusnya pelajar ke kelas 5PD3 untuk sessi teori. Sessi dimulakan dengan pemeriksaan buku log setiap ahli pengakap. Denda juga dikenakan kepada mana-mana ahli pengakap yang tidak melengkapkan buku log. Diikuti dengan penerangan mengenai buku log yang menepati kehendak pemeriksaan pemimpin pengakap sekolah ini. Sejurus selepas itu, penerangan mengenai perkhemahan yang bakal dilaksanakan pada 24-26 Julai 2009 di Medan Pengakap sekolah kita. Pemilihan Kapten Kumpulan, Penolong Ketua Kapten, Setiausaha, Bendahari dan AJK turut diadakan pada kali ini. Majlis Ketua Patrol ditubuhkan untuk membantu ketua-ketua patrol menguruskan setiap ahli kumpulan. Lapan unit AJK diwujudkan untuk membantu pemimpin dan AJK Tertinggi menguruskan Persatuan Pengakap sekolah kita. Seramai 10 orang dari ahli pengakap sekolah kita dilatih di padang sekolah untuk kawat kaki oleh Encik Azwan. Pelajar bersurai pada jam 4.45pm.

Pelajar yang tidak hadir:
  1. Muhd Iqbal (4KE1) : Tidak hadir ke sekolah pada sessi pagi kerana MC
  2. Abdul Munir Arif (4KA2) : Ponteng, balik ke rumah
  3. Hafizullah (4PKOM) : Ponteng, berada dalam kelas
  4. Mashaddi (4PTP) : Ponteng, berada di asrama
  5. Ungku Muhd Hairi (4PKOM) : Ponteng, berada dalam kelas
  6. Muhd Danial Ariff (4KM2) : Tidak hadir ke sekolah pada sessi pagi kerana MC
  7. Mohd Shafiq (4PD4) : Ponteng, tidur di asrama
  8. Farhan Al-Syarafuddin (4PKOM) : Ponteng, berada dalam kelas
  9. Mohd Fazli (4PD2) : Ponteng
  10. Muhd Mubasyir (4PPN3) : Ponteng, balik ke rumah

Jumlah kehadiran : 50/60

Semua pelajar yang ponteng akan ditolak 5 poin. Sekiranya tidak hadir lagi pada 22 Julai 2009, pelajar akan ditolak 10 poin dan begitulah seterusnya dalam tambahan 5 poin untuk setiap minggu. Pelajar yang tidak hadir pada sessi pagi pada hari Rabu tidak akan ditolak poin.

ZUWAIRI ABD AZIZ
PEMIMPIN PENGAKAP REMAJA
SMT PERDAGANGAN JOHOR BAHRU

1 comment:

  1. cye la,mcm nie bru hidup pgakap kte....wlaupn aq x dpt join,dak2 batch 09/10,aq harp korg tol2 jd pgakap....at least ad r lencana ahli...jgn jd mcm kteowg,bthun2 jd pgakap tp ahli pun blum agy...teruskn usaha ckgu,saya sokong cikgu

    ReplyDelete